28 March lepas genap sebulan usia Farrel. Pejam celik pejam celik dah sebulan berlalu, huhu.. mcm tak cayer je. Kejap jer dah besar anak mummy. Sekrg ni Farrel dah tembam dan montel sket. Makin besar hero mummy sekrg, berat Farrel sekrg pun dah 4.70kg. Alhamdulillah, Farrel membesar dengan sihat. Semlm mummy ngan daddy bawak Farrel pegi jumpe Dr Balg tuk cucuk BCG. Sib baik masa cucuk tuh Farrel behave jer, nangis pun kejap jer. Risau jugak dia demam lepas kena cucuk tp Dr Balg cakap tak demam. So the next appointment is 29 April for the next injection.
Actually kiteorg baru balik dr Paris last Monday. Kiteorg bertolak dr Toulouse hari Sabtu (29 Mac) pukul 9.20am. Trip kali ni kiteorg pegi naik train iDTGV. Bosan jugakla sbb 5 jam habis masa dalam train jer. Nasib baik Farrel tido sepanjang jalan, bgn kejap2 jer nak menyusu. Risau gak kalau dia meragam dalam train tuh. Aku bawak pasta jer sebagai bekal kiteorg. Kiteorg tiba dekat Paris pukul 2.30 petang. Alhamdulillah cuaca elok walaupun lebih sejuk berbanding dengan Toulouse. Kiteorg pun pergi check in hotel dulu dekat Moulin Rouge. Okay jugakla hotel dekat situ sbb kawasan situ happening, ala-ala Bukit Bintang gitu. Moulin Rouge ni pun one of interesting place dekat Paris, terkenal dengan ”KangKang Dance”. Yg paling best hotel kiteorg sebelah jer kedai makanan halal ala-ala KFC. Huhu.. lama dah tak makan KFC, sib baik ada gak Chicken Point yg halal so bolehla melepaskan kerinduan pada KFC. Lepas jer check in kiteorg pun memulakan agenda melawat Paris. Memula kiteorg ke Rambuteau tuk beli souvenir. Puas jugakla pusing cari kedai Etoile tuh. Sib baik jumpe, kiteorg borong sakan kat situ sbb souvenir situ murah2. Then ingat nak singgah kat station Goncourt sbb satu line dengan station Rambuteau tapi byk lak barang yg kiteorg borong dkt Etoile tadi. So maybe next trip lak kiteorg ke Goncourt tuk borong crystal. Then, drp Rambuteau kiteorg bertolak ke station Bir Hakiem tuk tgk Eiffel Tower. Memang kiteorg bajet nak gi amek gambar kat Eiffel Tower waktu malam. So masa kiteorg sampai tuh dah dekat pukul 7 lebih. Farrel lak asyik tido jer sepanjang jalan. Tapi bila sampai bawah Eiffel Tower dia bangun nak susu. Dapat jugakla dia tgk Eiffel Tour. Hihi.. Wah.. kagum betul aku dengan Eiffel Tower. Cantik sgt.. Dari jauh nampak lebih kurang Tokyo Tower tp bila dekat Eiffel Tower mmg lebih cantik. Teringat aku masa dekat Jepun, kiteorg pergi Tokyo Tower masa malam krismas so ramai la yg berdating kat bawah Tower tuh. Huhu.. tercapai gak hasrat aku nak dating bawah Eiffel Tower dgn hubby tersayang.. opss lupe lak Farrel pun ader. Kiteorg pun lepak kat situ sampai pukul 9 lebih sbb kesian dekat Farrel dah penat plus sejuk sgt kat situ. Then kiteorg pun balik hotel dan menjamu selera di Chicken Point. Huhu.. puas hati sgt sbb rasa ayam goreng dia pun mmg ala-ala KFC.
Esoknya lebih kurang pukul 10 pagi kiteorg bertolak ke La Defense. La Defense nih takdela best sgt tapi terkenal dengan bangunan yg moden2. So kiteorg pegi amek gambar kejap jer kat situ, lagipun hujan renyai2. Sib baik kiteorg bawak stroller Farrel sbb ader rain cover. Then kiteorg ke Champs Elysees tuk amek gambar dekat Napolean Bridge dan Royal Palace. Pastuh kiteorg pun jalan2 dekat Champs Elysees yg glemer dengan butik LV yg besar tuh. Huhu.. terliur jer tgk handbag LV yg harga ribu-ribuan tuh. Kalaula hubby aku sekaya Dato' K, bolehla aku pau beg LV 4-5 bijik. Bolehla buat collection macam Siti.hihi..
Then, kiteorg pun meneruskan tour kiteorg ke Musee du Louvre. Kat situ kiteorg amek gambar kat luar jer sbb rasanya kalau masuk muzium tuh satu hari pun tak habis pusing. Muzium ni glemer sbb ade gambo Mona Lisa yg original dan muzium terbesar di dunia. Tapi takperlaa maybe next time kiteorg masuk sbb Farrel pun kecik lagi so risau jugak kalau dia nampak benda2 yg tak elok sbb dalam muzium tuh pun banyak mumia. Pastuh kiteorg pun balik ke hotel semula sbb hujan renyai2, risau gak kalau2 Farrel demam nanti. For lunch, kiteorg makan dekat Chicken Corner yg ala-ala Chicken Point gak tp 10 minit jalan kaki dr hotel. Yg bestnya sepanjang2 jalan Moulin Rouge tuh mmg banyak kedai makanan halal. Dekat Chicken Corner ni kiteorg makan nasi briyani. Sedap jugakla tp yg bestnya kiteorg order sepinggan jer sbb banyak sgt. Sepinggan pun harga 7euro tp puas hati sbb boleh share 2 org.
Petang tuh kiteorg just jalan2 dekat Moulin Rouge. Kat situ byk kedai souvenir, harga pun takde la mahal sgt. Kiteorg plan nak booking hotel area Moulin Rouge jugak for next trip. Thanx Nurul sbb inform pasal hotel area situ. Memang puas hati sbb makan senang n tak jauh dengan tempat2 menarik. Last day kiteorg kat Paris, kiteorg just ke embassy Malaysia. Lama jugakla lepak dekat embassy sbb lepas settlekan passport n surat beranak Farrel kiteorg borak2 dengan kak Yus. Baik2 sgt org2 embassy. Alhamdulillah dah settle pun passport Farrel so kena tunggu lagi sebulan tuk collect dekat embassy. Passport Farrel amek masa sebulan nak siap sbb diorg kena hantar ke Embassy Malaysia dkt London tuk proses. Huhu.. sekrg Farrel dah ade 2 surat beranak, Perancis dan Malaysia. Memula ingat nak singgah La Fayette sebelum ke train station tapi malas lak sbb barang banyak nak angkut. So kiteorg terus ke station, lepak kat situ sampai pukul 5. Lebih kurang pukul 11mlm kiteorg pun tiba di Toulouse. Huhu.. bosan sesangat dalam train. Maybe next trip kiteorg naik flight je ke Paris, lagipun harga tiket lebih kurang jer. Lega sesangat bila dah selamat sampai ke rumah walaupun lapo sesangat. Sib baik ader nasi dalam peti ais so aku pun buatla nasi goreng koboi tuk aku n hubby isi perut.hihi...
Alhamdulillah syukur sesangat perjalanan kiteorg selamat walaupun banyak jugakla dugaan dan rintangan yg terpaksa kiteorg tempuh..hehehe.. macam citer Pekin Express lak. Paling mencabar bila terpaksa angkut stroller naik turun tangga, huhu.. dah la aku tak abis pantang lagik. Memang lasak betul aku masa dekat Paris. Kalau la mak aku tau.. hihi.. habislaa.. Syukur sgt Farrel sihat dan sporting sepanjang kat Paris. Rasanya anak aku nanti mesti kaki jalan gak macam mummy n daddy dia. Ye la sejak dalam perut lagik aku dah usung merata.
So for the next trip aku dah hubby tgh survey tiket flight n hotel yg murah. Kiteorg cadang next trip kiteorg nak ke Amsterdam n UK terus drp Paris, insyaallah. Bolehla aku pegi visit kawan n cousins aku dekat sana. Lagipun time nih jer hubby aku free sebelum dia start practical. Tapi nih sumer baru dlm planning, sumer nya bergantung pada bajet. Okayla nih aku ada attach sket gambar2 dekat Paris. Yg tak bestnya kebanyakan gamba amek pakai digi cam jer sbb hujan. huhu.. dan yg paling tak best, tak banyak gambar kiteorg bertiga sbb risau nak suruh org2 dekat situ tolong amekkan gambar. So kiteorg pun bergilir2 amek gambar.
Dalam train on the way ke Paris. Farrel syok jer tido sepanjang jalan
Tour Eiffel Me n Tour Eiffel La Defense Depan Moulin Rouge yg glamer tuh (bak kata Nurul... hihi sori yer nurul...pinjam ayat...)
Nasi Briyani dekat Chicken Corner
5 comments:
bestnye nasik beriani
sedappp nasi beriani tuh. ala-ala nasi hujan panas. ayam dia pun sodapp..
comelnya budak tu..bakal jd macam amirul kot tu..tembamnye...
huhu.. jgnla tembam sgt.. risau kang x larat dukung. tp sekrg ni farrel membesar bagai juara.
wah bestnye jalan2 paris
Post a Comment