Jumaat lepas kami satu family pegi outing dekat jardin area Pont Neuf. Maklumla cuaca pun elok sbb jarang2 sekrg ni cuaca elok, asyik hujan jer. Sekrg ni boleh dikatakan hari2 kiteorg keluar jalan2. Daddy Farrel asyik ajak keluar jer sbb boring duduk kat rumah. Baru seminggu cuti dah boring, hihihi.. macam mana laa nak abiskan cuti lagi sebulan, jawabnya hari2 la kiteorg melawat Carrefour Labege walaupun tatau dah nak beli apa kat sana. Aku nih yg tak habis pantang pun dah tak macam org pantang sbb merata dah berjalan. kalau kat mesia mesti kena berkurung sampai 44 hari. Best sgt sekrg nih sbb tiap kali keluar mesti makcik2 France intai2 Farrel pastuh sengeh2. Pastu mesti tanye kiteorg umo Farrel.. asyik duk sebut "petite bebe...petite bebe"...hihi.. glemer tul kiteorg sejak ader Farrel ni. Masa kat Paris hari tuh pun ramai jer yg nak tolong kiteorg sbb bawak baby. huhu.. baik2 jugak org Paris ni. Kat sini aku attach sikit gambo masa keluar outing ke jardin. Best tul lepak kat situ bila cuaca OK. Siap makan aiskrim cornetto lagik. Kesian Farrel sbb Mummy n Daddy dia dating sambil makan aiskrim, dia dapat puting kosong jer. hihi.. Takper Farrel, nanti bila Farrel besar sikit Mummy n Daddy belanja aiskrim ekk.. boleh picnic selalu.. tak sabonyee tunggu dia besar, dah leh jalan. Mesti dia dah berlari2 kat park tuh. Nanti bolehla dia main bola ngan daddy.
Saturday, April 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment