Wednesday, April 23, 2008

Demam....

Demam-demam pun still nak update blog. hehe.. maklumla internet baru jer OK. Hari ni hubby aku pegi Paris amek passport Farrel. Alhamdulillah passport Farrel dah siap last week. Dahla aku demam dr semalam lagi, pastu hubby lak takde. Sib baik Farrel tak banyak meragam, dia asyik tido jer hari ni. Agaknya dia faham kot mummy dia demam. Tataulaa apesal kebelakangan ni aku asyik demam jer. Dahla bila demam mesti menggigil2, tuh yg paling aku tak tahan. Dulu-dulu setahun sekali pun payah nak demam. Maybe weather kat sini x sesuai kot dengan aku. Kebelakangan ni pun muka aku kering sgt. Dah try letak macam2 lotion tp still kering gak. Nak kata cuaca panas sgt pun xde lah jugak. Asyik mendung jer. Okaylaa.. aku nak tuko pampers Farrel. Tak sabo nak tunggu daddy balik malam ni. Boring laa daddy takde..asyik tido jer sepanjang hari ni sbb badan lemah. Harap cepat2la kebah demam ni n x de jangkit kat sesapa exp Farrel. Farrel kuat kannn!!.. jgn sakit2 tauuu!!!

Monday, April 14, 2008

Baby Farrel yg botak!!

Hari ni hubby aku telah membotakkan kepala hero kami. Huhu.. Farrel nampak bulat jerr dengan kepalanya yg botak tuh, dah macam Karim Benzema jer mummy tengok. Actually dah lama niat nak cukur rambut Farrel tapi baru hari ni kiteorg menjalankan operasi membotakkan kepala dia. Masa hari ketujuh kiteorg dah gunting sikit rambut dia tapi tak boleh nak botakkan sebab masa tuh still winter so kesian pulak dia takde rambut time sejuk2 ni. Masa mula-mula nak cukur rambut dia Farrel punyelaa mengamuk sakan tapi akhirnya kiteorg berjaya jugak cukur rambut dia sampai botak sbb masa cukur rambut dia, aku upah susu so takdelaa dia bergerak2 sgt.

Daddy tgh cukur rambut Farrel

Hensemnyaa anak daddy!!!

New look of Ahmad Farrel Daniel a.k.a Karim Benzema Junior

Saturday, April 12, 2008

A day in Barcelona

Jumaat lepas (11 April 2008) Mummy, Daddy & Farrel pegi jalan-jalan kat Barcelona. Actually planning asal nak pegi hari Selasa tapi ditunda ke hari Jumaat atas sebab2 tertentu. Alhamdulillah sampai jugak kami ke Barcelona walaupun trip kali ni memang gamble abis sbb kiteorg follow sign board jer. Kiteorg bertolak dr Toulouse lebih kurang pukul 8 pagi, actually nak bertolak awal tapi terlewat bangun pulak so pukul 8.00 baru bergerak dr IAS. Awal-awal lagi hubby aku dah kaji peta nak ke Barcelona tapi yg kelakarnya kiteorg tak ikut pun jalan yg hubby aku kaji tuh. kiteorg main redah jer, lagipun guna highway so straight jer sampai ke Barcelona. Sampai jer kat city center lebih kurang pukul 11.40am, kiteorg pun mulalah usha tempat nak parking. Huhu.. punyelaa mahal parking dekat situ. Tapi kiteorg gamble jer parking dekat tepi jalan n kiteorg just bayar for 2 hours (sejam = 2.60euro). Kalau ikutkan maximum hours parking kat situ 2 jam jer tp kiteorg belasah parking sampai ke petang. Nasib baikla tak kena saman. Tak banyak sgt tempat yg kiteorg melawat sbb kiteorg tak overnight kat situ. First sekali kiteorg melawat Sagrada Familia then kiteorg ke Parc Guell. Kiteorg terpaksa menapak lebih kurang 1.3km drp metro station ke Parc Guell. huhu.. berpeluh ketiak jugakla.. dahla kena panjat bukit, nasib baikla cantik tempat tu. Last sekali kiteorg ke La Ramblas sebelum bergerak balik ke Toulouse pukul 5.00ptg. Alhamdulillah dalam sesak2 bandar Barcelona tuh kiteorg berjaya jugak cari jalan balik ke Toulouse. Kiteorg tiba kat Toulouse lbh kurang pukul 9mlm. Alhamdulillah, Farrel pun sporting sgt sepanjang kat Barcelona.

Sagrada Familia.. ntah bila nk siap..

Parc Guell.. cantik tmpt ni...

Hubby.. dekat Parc Guell gak..

Parc Guell

Ourselves pic.. taken by hubby..

La Ramblas

Thursday, April 10, 2008

Mengimbau kenangan lama

Actually aku tulis nih masa mula-mula kiteorg tiba kat Toulouse tp masa tuh aku takde blog lagi. So ni aku copy n paste jer la.. tetiba rasa rindu sgt kat org2 Malaysia. Tak sabar rasanya nak balik Malaysia. Cepat jer masa berlalu, dah hampir 10 bulan aku n hubby berada di bumi toulouse ni.

Tepat pukul 11.45, Cik Limah, kak Niza dan Linda tiba di rumah. Masa tu kami sekeluarga sedang sibuk menyiapkan hidangan unutuk dijamu kepada keluarga suamiku sebelum kami bertolak ke Airport Penang. Hidangan hari ini adalah kari ayam + betik, ikan bawal sweet sour, ikan bakar & sayur. Pencuci mulut pulak moist choc cake & pudding cocktail. Huhu… tgh2 malam aku dengan hajar berjaga tuk buat kek & pudding. Maklumla suami tersayang teringin nak makan kek coklat.

Lebih kurang pukul 1.00 tghari, rombongan suamiku pun tiba.heheh.. macam rombongan meminang pulak. Rupa2nya diaorg lewat sikit sbb tunggu mama & adik2 aku datang dari ipoh. So apa lagi, kiteorang pun start la menghidang makanan dan seterusnya menjamu selera. Laku jugak ikan bawal sweet sour aku..heheh.. tp yang sedihnya suami aku makan sket jer kek yang aku pulun buat dgn hajar semlm.. ye laa sbb kenyang makan nasi so dah tak berapa jalan laa kek yang aku buat tu.

Suamiku dgn family dia bertolak dulu drp kiterang sbb suami aku nak pegi tukar duit dekat bank. Kiteorang janji jumpe dekat airport nanti. Cik Limah, Kak Niza & Linda follow kiteorang nanti. Lebih kurang pukul 4.00ptg, abah baru balik drp meeting dkt Selama. Kiteorang pun bersiap2 laa & bertolak dalam pukul 4.30 ptg. Abah bawak Honda City & adik pulak bawak wira. Ada ke patut dia suruh aku bawak Wira tu..huhu..last2 minit macam ni plak nak dera aku.. So rombongan belah aku terdiri drp abah, mama, aku, kakak, adam, opah, adik, maklang, Hajar, Kak Niza, Linda & Cik Limah. Rombongan belah suamiku tadi terdiri drp ayah, mama, suamiku,tok, awen, toklang, Nadia, Natasya, Nadirah, Nazim, Nafiz & Dewi. Suamiku drive keta dia & ayah lak drive keta mama.

Kiteorang sampai kat airport lebih kurang pukul 5.45ptg. Masa tuh pakndak tgh beli tiket dia dgn Emi tuk ke KL sama flight dgn aku. Rombongan suamiku belum sampai lagi masa tuh. Tak sangka Pakndak cakap Emi pun dapat offer further Degree dekat UK. Huhu.. berkampung laa kami dekat Negara Europe nanti. Alhamdulillah at least this year ramai jugak sedara mara kiteorang yg success n dpt offer menarik. Hopefully lepas ni ramai lagi yang menjejak langkah kami.

Jam dah menunjukkan pukul 6.15ptg tapi batang hidung suamiku tak nampak pun lagi. Huhu.. susah hati gak aku sbb kalau boleh aku nak check in luggage awal & bolehla request window seat. Alhamdulillah pukul 6.20ptg suami ku tiba dgn rombongan dia. Lega sket rasanya. Then kiterang terus check in luggage. Risaunya tak lepas sbb beg kiterang besar2. Memang sah tak lepas!! 73.9kg. Huhu… cuak gak rasa sbb kalau diikutkan kena bayar RM150 tuk satu kg yang lebih. Had sepatutnya lebih kurang 50kg jer. So kiteorg check in jer beg baju & barang2 lain. Beg makanan terpaksa la punggah kemudian.

Pakcik & family, Long & family pun tiba. So bertambah ramaila rombongan kami yang dah sedia ramai. Ditambah pulak member2 aku (nad, cyn, fizah & Pijat. Thanks korang!) yang bersusah payah datang. Huhu meriah airport dengan family kiteorg yang besar. Hati pun dah mula rasa sayu bila tgk wajah2 tersayang. Harap sangat dpt balik next year sbb aku tak sanggup nak berpisah lama2 dgn insan2 tersayang kat mesia.

Lebih kurang pukul 8.00pm, kiteorang pun mula la bergerak ke balai berlepas. Bila kiteorang toleh jer ke belakang, punye la ramai rombongan kiteorg. Macam nak hantar pegi Mekah jer. Bermula la episode syahdu & pilu macam dalam cerekerama TV3 tuh. Tapi nih real punye. Bile start bersalam-salaman jer mula laa berjurai2 air mata aku & suamiku gugur ke bumi. Family kiteorang pun sama naik jugak buat drama kat airport tuh. Tapi memang syahdu sungguh. Tak pernah lagi aku rasa sesedih ni seumur hidup aku. Tambah2 bila aku bersalam dgn warga2 emas, jauh di sudut hatiku berdoa agar aku berpeluang lagi menatap wajah mereka sekembalinya aku ke Malaysia nanti. Pesan mama, abah, ayah, tok, opah, & yang lain akan tersemat dalam hati kami anakandamu / cucuandamu, insyaallah. Pergi kami ke sana hanya dengan harapan akan pulang bersama kejayaan dan ahli keluarga baru, insyaallah. Tidak sesekali kami akan kecewakan harapan ayah bonda sekalian.

Kakak, adik, Azizul, me, mama, abah, Adam. (Abang jer takde sbb masa tuh dkt Jerman)

Ayah, Nafiz, Azizul, Nazim, Mama, me, Nadia, Mama

Acik rindu lerrrr kat Adam..huhu.. mesti dah besar sekrg

Me n hubby with warga emas (Toklang, Tok, Opah)

Wif Awen(adik ipar kesayanganku).. Farrel tak sabar nak jumpe Auntie Wiwin

Nad, Cyn, Fizah, Nafiz

Saturday, April 5, 2008

Outing at Jardin de Pont Neuf.

Jumaat lepas kami satu family pegi outing dekat jardin area Pont Neuf. Maklumla cuaca pun elok sbb jarang2 sekrg ni cuaca elok, asyik hujan jer. Sekrg ni boleh dikatakan hari2 kiteorg keluar jalan2. Daddy Farrel asyik ajak keluar jer sbb boring duduk kat rumah. Baru seminggu cuti dah boring, hihihi.. macam mana laa nak abiskan cuti lagi sebulan, jawabnya hari2 la kiteorg melawat Carrefour Labege walaupun tatau dah nak beli apa kat sana. Aku nih yg tak habis pantang pun dah tak macam org pantang sbb merata dah berjalan. kalau kat mesia mesti kena berkurung sampai 44 hari. Best sgt sekrg nih sbb tiap kali keluar mesti makcik2 France intai2 Farrel pastuh sengeh2. Pastu mesti tanye kiteorg umo Farrel.. asyik duk sebut "petite bebe...petite bebe"...hihi.. glemer tul kiteorg sejak ader Farrel ni. Masa kat Paris hari tuh pun ramai jer yg nak tolong kiteorg sbb bawak baby. huhu.. baik2 jugak org Paris ni. Kat sini aku attach sikit gambo masa keluar outing ke jardin. Best tul lepak kat situ bila cuaca OK. Siap makan aiskrim cornetto lagik. Kesian Farrel sbb Mummy n Daddy dia dating sambil makan aiskrim, dia dapat puting kosong jer. hihi.. Takper Farrel, nanti bila Farrel besar sikit Mummy n Daddy belanja aiskrim ekk.. boleh picnic selalu.. tak sabonyee tunggu dia besar, dah leh jalan. Mesti dia dah berlari2 kat park tuh. Nanti bolehla dia main bola ngan daddy.

Farrel tgh layan blues

Mummy n Farrel

Timang tinggi-tinggi

Pont Neuf

Anak Daddy....

Friday, April 4, 2008

J'aime Paris

28 March lepas genap sebulan usia Farrel. Pejam celik pejam celik dah sebulan berlalu, huhu.. mcm tak cayer je. Kejap jer dah besar anak mummy. Sekrg ni Farrel dah tembam dan montel sket. Makin besar hero mummy sekrg, berat Farrel sekrg pun dah 4.70kg. Alhamdulillah, Farrel membesar dengan sihat. Semlm mummy ngan daddy bawak Farrel pegi jumpe Dr Balg tuk cucuk BCG. Sib baik masa cucuk tuh Farrel behave jer, nangis pun kejap jer. Risau jugak dia demam lepas kena cucuk tp Dr Balg cakap tak demam. So the next appointment is 29 April for the next injection.

Actually kiteorg baru balik dr Paris last Monday. Kiteorg bertolak dr Toulouse hari Sabtu (29 Mac) pukul 9.20am. Trip kali ni kiteorg pegi naik train iDTGV. Bosan jugakla sbb 5 jam habis masa dalam train jer. Nasib baik Farrel tido sepanjang jalan, bgn kejap2 jer nak menyusu. Risau gak kalau dia meragam dalam train tuh. Aku bawak pasta jer sebagai bekal kiteorg. Kiteorg tiba dekat Paris pukul 2.30 petang. Alhamdulillah cuaca elok walaupun lebih sejuk berbanding dengan Toulouse. Kiteorg pun pergi check in hotel dulu dekat Moulin Rouge. Okay jugakla hotel dekat situ sbb kawasan situ happening, ala-ala Bukit Bintang gitu. Moulin Rouge ni pun one of interesting place dekat Paris, terkenal dengan ”KangKang Dance”. Yg paling best hotel kiteorg sebelah jer kedai makanan halal ala-ala KFC. Huhu.. lama dah tak makan KFC, sib baik ada gak Chicken Point yg halal so bolehla melepaskan kerinduan pada KFC. Lepas jer check in kiteorg pun memulakan agenda melawat Paris. Memula kiteorg ke Rambuteau tuk beli souvenir. Puas jugakla pusing cari kedai Etoile tuh. Sib baik jumpe, kiteorg borong sakan kat situ sbb souvenir situ murah2. Then ingat nak singgah kat station Goncourt sbb satu line dengan station Rambuteau tapi byk lak barang yg kiteorg borong dkt Etoile tadi. So maybe next trip lak kiteorg ke Goncourt tuk borong crystal. Then, drp Rambuteau kiteorg bertolak ke station Bir Hakiem tuk tgk Eiffel Tower. Memang kiteorg bajet nak gi amek gambar kat Eiffel Tower waktu malam. So masa kiteorg sampai tuh dah dekat pukul 7 lebih. Farrel lak asyik tido jer sepanjang jalan. Tapi bila sampai bawah Eiffel Tower dia bangun nak susu. Dapat jugakla dia tgk Eiffel Tour. Hihi.. Wah.. kagum betul aku dengan Eiffel Tower. Cantik sgt.. Dari jauh nampak lebih kurang Tokyo Tower tp bila dekat Eiffel Tower mmg lebih cantik. Teringat aku masa dekat Jepun, kiteorg pergi Tokyo Tower masa malam krismas so ramai la yg berdating kat bawah Tower tuh. Huhu.. tercapai gak hasrat aku nak dating bawah Eiffel Tower dgn hubby tersayang.. opss lupe lak Farrel pun ader. Kiteorg pun lepak kat situ sampai pukul 9 lebih sbb kesian dekat Farrel dah penat plus sejuk sgt kat situ. Then kiteorg pun balik hotel dan menjamu selera di Chicken Point. Huhu.. puas hati sgt sbb rasa ayam goreng dia pun mmg ala-ala KFC.

Esoknya lebih kurang pukul 10 pagi kiteorg bertolak ke La Defense. La Defense nih takdela best sgt tapi terkenal dengan bangunan yg moden2. So kiteorg pegi amek gambar kejap jer kat situ, lagipun hujan renyai2. Sib baik kiteorg bawak stroller Farrel sbb ader rain cover. Then kiteorg ke Champs Elysees tuk amek gambar dekat Napolean Bridge dan Royal Palace. Pastuh kiteorg pun jalan2 dekat Champs Elysees yg glemer dengan butik LV yg besar tuh. Huhu.. terliur jer tgk handbag LV yg harga ribu-ribuan tuh. Kalaula hubby aku sekaya Dato' K, bolehla aku pau beg LV 4-5 bijik. Bolehla buat collection macam Siti.hihi..

Then, kiteorg pun meneruskan tour kiteorg ke Musee du Louvre. Kat situ kiteorg amek gambar kat luar jer sbb rasanya kalau masuk muzium tuh satu hari pun tak habis pusing. Muzium ni glemer sbb ade gambo Mona Lisa yg original dan muzium terbesar di dunia. Tapi takperlaa maybe next time kiteorg masuk sbb Farrel pun kecik lagi so risau jugak kalau dia nampak benda2 yg tak elok sbb dalam muzium tuh pun banyak mumia. Pastuh kiteorg pun balik ke hotel semula sbb hujan renyai2, risau gak kalau2 Farrel demam nanti. For lunch, kiteorg makan dekat Chicken Corner yg ala-ala Chicken Point gak tp 10 minit jalan kaki dr hotel. Yg bestnya sepanjang2 jalan Moulin Rouge tuh mmg banyak kedai makanan halal. Dekat Chicken Corner ni kiteorg makan nasi briyani. Sedap jugakla tp yg bestnya kiteorg order sepinggan jer sbb banyak sgt. Sepinggan pun harga 7euro tp puas hati sbb boleh share 2 org.

Petang tuh kiteorg just jalan2 dekat Moulin Rouge. Kat situ byk kedai souvenir, harga pun takde la mahal sgt. Kiteorg plan nak booking hotel area Moulin Rouge jugak for next trip. Thanx Nurul sbb inform pasal hotel area situ. Memang puas hati sbb makan senang n tak jauh dengan tempat2 menarik. Last day kiteorg kat Paris, kiteorg just ke embassy Malaysia. Lama jugakla lepak dekat embassy sbb lepas settlekan passport n surat beranak Farrel kiteorg borak2 dengan kak Yus. Baik2 sgt org2 embassy. Alhamdulillah dah settle pun passport Farrel so kena tunggu lagi sebulan tuk collect dekat embassy. Passport Farrel amek masa sebulan nak siap sbb diorg kena hantar ke Embassy Malaysia dkt London tuk proses. Huhu.. sekrg Farrel dah ade 2 surat beranak, Perancis dan Malaysia. Memula ingat nak singgah La Fayette sebelum ke train station tapi malas lak sbb barang banyak nak angkut. So kiteorg terus ke station, lepak kat situ sampai pukul 5. Lebih kurang pukul 11mlm kiteorg pun tiba di Toulouse. Huhu.. bosan sesangat dalam train. Maybe next trip kiteorg naik flight je ke Paris, lagipun harga tiket lebih kurang jer. Lega sesangat bila dah selamat sampai ke rumah walaupun lapo sesangat. Sib baik ader nasi dalam peti ais so aku pun buatla nasi goreng koboi tuk aku n hubby isi perut.hihi...

Alhamdulillah syukur sesangat perjalanan kiteorg selamat walaupun banyak jugakla dugaan dan rintangan yg terpaksa kiteorg tempuh..hehehe.. macam citer Pekin Express lak. Paling mencabar bila terpaksa angkut stroller naik turun tangga, huhu.. dah la aku tak abis pantang lagik. Memang lasak betul aku masa dekat Paris. Kalau la mak aku tau.. hihi.. habislaa.. Syukur sgt Farrel sihat dan sporting sepanjang kat Paris. Rasanya anak aku nanti mesti kaki jalan gak macam mummy n daddy dia. Ye la sejak dalam perut lagik aku dah usung merata.

So for the next trip aku dah hubby tgh survey tiket flight n hotel yg murah. Kiteorg cadang next trip kiteorg nak ke Amsterdam n UK terus drp Paris, insyaallah. Bolehla aku pegi visit kawan n cousins aku dekat sana. Lagipun time nih jer hubby aku free sebelum dia start practical. Tapi nih sumer baru dlm planning, sumer nya bergantung pada bajet. Okayla nih aku ada attach sket gambar2 dekat Paris. Yg tak bestnya kebanyakan gamba amek pakai digi cam jer sbb hujan. huhu.. dan yg paling tak best, tak banyak gambar kiteorg bertiga sbb risau nak suruh org2 dekat situ tolong amekkan gambar. So kiteorg pun bergilir2 amek gambar.

Dalam train on the way ke Paris. Farrel syok jer tido sepanjang jalan

Tour Eiffel

Me n Tour Eiffel

La Defense

Depan Moulin Rouge yg glamer tuh (bak kata Nurul... hihi sori yer nurul...pinjam ayat...)

Nasi Briyani dekat Chicken Corner