Monday, March 10, 2008

Anugerah Ilahi.. Ahmad Farrel Daniel


Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 12 usia anakandaku yg tercinta, Ahmad Farrel Daniel bin Azizul. Disebabkan ni 1st posting selepas aku deliver so aku rasa better aku share sikit pengalaman bersalin yg sememangnya sentiasa segar dalam ingatan dan insya Allah tak mungkin aku lupakan. Pengalaman yg paling manis dalam hidup aku serta mematangkan aku.

Malam 26 Februari 2008, aku tak dapat tidur nyenyak sebab pinggang dan kaki aku sebelah kanan sakit tapi aku tak rasa tuh tanda2 nak bersalin. Aku ingatkan sakit2 biasa je. Tapi bila bangun pagi ade sikit stain n blood keluar (sikit sgt) so aku mula dah rasa berdebar2. Aku pun bgtau hubby aku & dia pun cepat2 suruh aku call weeda tanye tuh tanda nak bersalin ke tak. Weeda ckp mmg tuh tanda2 nak bersalin sbb masa dia nak bersalin kan Muaz pun keluar mcm tuh jugak. Aku n hubby pun tunggu lagi beberapa jam sebelum buat keputusan ke hospital. Aku suruh jugak hubby aku pegi kelas wpun dia mcm berat hati je nak tinggalkan aku srg2 kat rumah. Pukul 10.15 am aku call hubyy suruh balik sbb aku dah mula rasa macam ade contraction. So lebih kurang pukul 12.30 kiteorg pun bertolak la ke Hospital Joseph Ducuing. Bila sampai je kat hospital, midwife ckp baru terbuka 1cm so dia ckp boleh balik rumah dulu. Aku n hubby pun balik la dulu sbb menurut kata midwife tuh 1st baby selalunya amek masa lama tuk deliver. Tapi dia pesan ape2 hal dtg balik ke hospital. Masa tuh aku dah mula berdebar2 sbb aku tau tak lama lagi aku akan bergelar ibu. huhu...

Bila balik ke rumah, contraction makin kerap dan makin sakit. Tuhan je yg tahu betapa sakitnya contraction nak bersalin. Selang masa contraction pun lebih kurang 5 minit. Pukul 7.30 mlm aku ajak hubby pegi hospital semula sbb aku dah tak tahan sangat nak menanggung sakit contraction yg semakin kerap. Alhamdulillah walaupun sakit, aku masih boleh bertahan dan berjalan sampai ke wad. Midwife yg check aku tuh ckp baru terbuka 2 cm. Bayangkan la, dah berapa jam aku tahan sakit baru terbuka 2 cm. Aku mula terpk tahan ke aku nak tunggu sampai terbuka 10cm. huhu.. nak meraung je rasa tapi aku banyak2 sabar dan baca doa nabi yunus. UnTuk pujuk diri sendiri, aku sentiasa pk yg positif.Tapi disebabkan contraction aku yg kerap, midwife tuh bawak aku masuk labor room. Dalam hati aku dah tak sabar nak suruh dia letak epidural tuk kurangkan sakit tp lebih kurang pukul 3 pagi baru pakar anesthesis datang dan letak epidural. Masa tuh rasa lega yg amat. Sebelum tuh, ade jugak midwife tuh masukkan sejenis drug tuk lalikan aku tp dlam keadaan lali pun aku still dpt rasa sakit contraction. Lepas pakar anesthesis bagi suntikan epidural baru aku dapat tidur nyenyak n hubby aku pun dapat jugak tidur. Kalau tak, kesian dia kena berjaga sepanjang malam. Tak dapat aku bayangkan kalau hubby aku takde bersama mesti aku tak mampu nak harung semua ni sorang2. Sekurang2nya bila ade hubby kat sebelah semangat aku tak lumpuh dan berkobar2 nak bersalin wpun tenaga makin kurang.

Alhamdulillah, lebih kurang pukul 7 pagi, dah terbuka 10cm so it's time to push baby out. Masa tuh midwife yg semlm dah kena tuko shift so masuk la midwife yg baru yg lebih muda. Midwife yg sebelum tuh lebih kurang sebaya mak aku n lembut sgt. Tapi dia tak pandai speaking so sepanjang malam dia ckp France n kiteorg pun buat2 la faham. Nasib baik midwife yg bakal sambut baby aku ni boleh la speaking sikit2 n tgk gaya pun cam cergas jer orgnya. Harap baby aku pun secergas dia la nanti. Lebih kurang pukul 7.30, aku pun startla push baby keluar sbb dah rasa sgt2 baby tuh engaged. Satu lagi ujian dr tuhan bila midwife tuh ckp kepala baby aku duduk dalam keadaan senget. Sepatutnya dia tunduk tapi baby aku landing baik punyaaa dekat tepi pelvis so proses nak keluarkan dia pun jadi sukar sikit. Aku hampir give up jugak sbb dah byk hilang tenaga. Tapi aku sentiasa kuatkan semangat demi anak n hubby sbb pengorbanan seorg ibu n isteri tak ternilai harganya. Masa tuh ada jugak sesekali aku terpk yg buruk tapi aku buang jauh2 dan sentiasa ingat Allah. Hubby mmg tunggu sepanjang proses aku nak bersalin tuh n aku tak sangka dia seberani tuh. Alhamudulillah, tepat pukul 8.25 pagi lahirlah putera sulung kami Ahmad Farrel Daniel bin Azizul. Allahuakbar.. syukur sgt2 semuanya selamat walaupun aku kehilangan banyak darah. Saat yg tak dapat aku lupakan bila midwife tuh letak baby atas dada aku dan masih lagi aku terbayang wajah Farrel bila pertama kali dia melihat dunia. Saat tuh mmg aku tak dapat lupakan dan masa tuh jugak semua sakit, penat lelah aku tadi hilang serta merta. Alhamdulillah aku dah pun bergelar ibu. Terima kasih yg tak terhingga buat suamiku yg tak putus beri aku semangat. Love both of u so much!!!

Aku kena admit kat hospital sampai hari ke 6. Sepatutnya hari ke 5 aku n Farrel dah boleh balik tapi last minute doctor detect Farrel ade terkena sikit Jaundice dan darah dia pun ade sikit infection. So kenala tunggu esok tuk tengok perkembangan Farrel. Alhamdulillah, hari ke 6 semuanya OK dan aku n Farrel dah boleh balik rumah. Lega rasanya dapat balik wpun best jugak duk spital sbb nurse2 kat hospital tuh mmg baik2 dan muda2, plus makan pun sodap!!. Lagipun hubby aku dah dekat seminggu ponteng kelas so bila dah keluar hospital at least dia dah boleh pegi kelas. Kesian dia 5 mlam terpaksa tidur atas kerusi malas. Dan part yg paling best bila Farrel susah tidur malam so time tuh laa betul2 menguji kesabaran mummy n daddy dia. huhu.. Dekat seminggu lebih jugakla aku n hubby tak dapat tidur malam, kena buli dengan Farrel. Alhamdulillah sekrg ni Farrel dah mula tidur nyenyak n terjaga bila nak menyusu jer. Aku n hubby pun dah mula pandai mandikan Farrel, tukar lampin, bedung dia, pakaikan bengkung n menyusu dia. Sekrng aku tgh menjalani proses berpantang dan tak sabar nak tunggu hari ke 44. Syukur ada kawan2 yg lebih berpengalaman so takdela aku n hubby terkontang kanting uruskan Farrel. Maklumla aku n hubby terpaksa uruskan semua sendiri. huhu.. bestnyaaa kalau mama ada kat sini...apa2 pun hidup aku sekrg bertambah ceria di samping 2 hero yg tercinta.

5 comments:

AsLiNa said...

tahniahhh niza n azizul.. cutenye farrel..tak sabar nak dukung dia...selamat berpantang..rindunye kat korang kat sana..

A Journey To Remember said...

Thank u as..Alhamdulillah semuanya selamat. Sekrg tgh dlm learning process for being a good parent for Farrel. Rindu gak kat as n family.. tak sabo nak balik mesia..

Nurul said...

akum..hi niza & azizul..ni nurul kawan as..baca blog u all dr paklah-ana notts..nak wish congrats dgn newborn..happynya dgr..masa epidural tu sakit tak?ish tak sabarnya nak baby......

A Journey To Remember said...

ws nurul... it's ok... add la... apa add blog nurul?... selalu dgr aqilah sebut dulu untie nuyul... hehe... hmm xsakit pun ms epidural...

Nurul said...

niza...add blog apa ek..sat...http://niniey78-womenstyle.blogspot.com/
rasanya la..kalau tak betul cuba klik kat komen yg tu....bestnya ada baby..ekcelly aritu i misscarried..so tgh cuba balik tp lum ada rejeki..heheh