Wednesday, March 12, 2008

Our 1st Anniversary.. 090308

Alhamdulillah, tanggal 9 March 08 lepas genaplah setahun usia perkahwinan aku dan Azizul. Tak sangka dah setahun kami bersama mengharung onak duri rumah tangga. Rasa baru jer duduk bersanding dan diarak sbg raja sehari. Masih terbayang lagi keriuhan dan kemeriahan kenduri kawin kiteorg dulu. Huhu.. tak sangka, sekarang dah setahun berlalu. Perkahwinan yg terbina atas dasar pilihan keluarga, alhamdulillah menjanjikan sebuah kebahagian. Terima kasih Opah, Tok & Pah Limah yg menemukan dan menyatukan kami dengan ikatan perkahwinan.

Gift for our 1st Anniversary

Azizul.. kalau dulu kami cumalah kawan sepermainan semasa kecil, tak sangka sekrang bergelar suami dan bapa kepada anakku. Sekitar usiaku 7 - 12 tahun, kami tinggal di kejiranan yang sama. Tiap petang aku akan menjengah ke kampung belakang untuk bermain dengan kawan baik aku, Ani dan Iwan. Masa tuh aku takdelah rapat sgt dgn Azizul. Lagipun dulu dia gelarkan aku "rambut tebuan". huhu.. sabo jer laaaa.. padahal rambut aku masa tuh punye lah cun, kalah rambut kajol. Masih segar dalam ingatan aku kenangan bila aku jatuh basikal betul2 depan rumah dia dan nenek dia yg letakkan ubat kat lutut aku. Sebelum tuh aku punye la takut sbb nenek dia macam garang jer. Tak sangka sekrg dah jadi nenek mertua aku yg sgt sporting. Dulu, kecoh jugak satu kampung bila Azizul kena ikat kat tiang luar rumah dia sbb nakal sgt (pegi mandi sungai tak bgtau kat tok). hehee.. sorry bang, pecah rahsia abg. huhu.. padan muka.. :P . jangan la Farrel nanti nakal cam abg.

Tapi semuanya berubah sekitar bulan September 2006 bila Pah Limah dan Opah aku merencanakan untuk menyatukan aku dan Azizul. Masa tu kami masing2 dah ada pasangan masing2 tapi apakan daya family tak merestui. Tuhan lebih mengetahui apa yg terbaik untuk kita dan alhamdulillah aku telah membuat keputusan yg tepat bila menurut kata family untuk memilih Azizul sbg teman sehidup semati. Pertama kali bertemu setelah terpisah lebih kurang 12 tahun adalah masa hari nak beli cincin pertunangan. Masa tuh Azizul pakai braces. huhu.. masa tuh aku asyik mengutuk jer sbb buruk betul tgk dia pakai braces tuh. Dahla kurus sgt nak dibandingkan dengan aku, risau jer bila dia jalan dgn aku org lain akan ingat dia adik aku. Yang kelakarnya kiteorg pergi lepak kat pintu maasuk zoo untuk bincang pasal barang2 hantaran. macam takde port lain jer..

Tanggal 11/11/06, kami pun mengikat tali pertunangan walaupun sebulan sebelum tuh aku berangkat ke Jepun atas urusan kerja. Sepanjang aku di Jepun kami hanya berhubung melalui telefon. Seminggu sebelum bertunang aku pulang ke Malaysia dan sehari selepas bertunang aku kembali semula ke Jepun selama 2 bulan. Jadi kami memang hanya berhubung melalui telefon dan langsung tak bercinta macam orang lain. Sekembalinya aku ke Malaysia, keluarga dah mengaturkan untuk menyatukan kami pada 9/3/07. Jadi, aku hanya mempunyai masa 2 bulan untuk membuat persiapan perkahwinan. Sepanjang membuat persiapan tuhla aku menjadi semakin rapat dengan bakal suamiku dan semakin mengenalinya.

Entering new phase of life

Tanggal 9/3/07 pukul 6.20 ptg, sahlah aku bergelar isteri kepada Azizul Abdul Karim. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dan saat itulah baru aku mula jatuh cinta pada suami ku sendiri. cheewaahhh.. jiwang le pulak. sbb masa tuh Azizul dah tak pakai braces, nampakla comel dan hensem sikit suamiku. hehe.. Tapi yg kelakarnya masa akad nikah tuh sepatutnya dijadualkan selepas solat asar tapi suamiku tiba lebih kurang pukul 6 ptg. Sepanjang menunggu ketibaan suamiku, tok imam dan tok kadi asyik membebel2 sampaikan tok kadi telefon suamiku suruh cepat sikit. Huhu.. buat malu pengantin perempuan jer. Dahlah masa tuh ade 3 lagi pasangan lain yg semuanya terpaksa menunggu suamiku sebelum tok kadi mula membaca khutbah.

Happiness Day

Tak sangka kini genap setahun ikatan perkahwinan kami dan pada mulanya memang banyak dugaan yg terpaksa kami tempuh dan alhamdulillah berkat kesabaran semuanya dipermudahkan Tuhan. Tak sangka laluan hidupku semudah ini dan aku bersyukur dengan segala nikmat yg dianugerahkan Tuhan. Kini, hidupku makin ceria dengan kehadiran putera sulung kami Farrel. Walaupun pada mulanya kami tak merancang tuk dapat baby dalam masa terdekat tapi kita hanya merancang, Tuhan lebih mengetahui yg terbaik buat kita. Dengan kehadiran Azizul dan Farrel dalam hidupku, terasa sempurna diriku sebagai wanita dan aku berazam untuk menjadi isteri dan ibu yg terbaik buat 2 buah hati kesayanganku, insya Allah.

Lovely Family Forever... Insya Allah...

4 comments:

Nurul said...

tahniah korang..bestkan..dah la anniversary ..dapat baby lak..hadiah tu yg plg bermakna..semoga perkahwinan korang kekal ke akhir hayat..amin

A Journey To Remember said...

thanks nurul for the wishes... hope nurul & suami pun akan kekal selamanya... terus berkasih sayang...

A Journey To Remember said...

doa bbyk & usaha lg... jgn mudah putus asa... insya Allah nnt ada rezeki... kita hny merancang tp DIA Maha Penentu...

AsLiNa said...

congratss.. 1st ulangtahun sambut bertiga ye.. sy dulu berdua masa sambut 1st anniversary..
nurul, takpe..ade rezeki hang nanti..aku sentiasa doakan..