Thursday, December 4, 2008

I'm back!

Dah lama rasanya aku tak update blog ni. Sejak2 berlepas dr Toulouse ke Malaysia, lebih kurang 2 bln lebih rasanya. Alhamdulillah hidup kami sekeluarga semakin tenang di samping keluarga tercinta. Actually mmglaa busy melampau tahap gaban biler balik sini sampaikan takde masa nk jengah blog aku ni. Cuma sesekali hubby tercinta rajin nk update supaya takdela berkubur begitu saja blog ni. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati kecil nurani ni terselit rasa terkilan dan sebak teramat sgt dek dugaan yg menimpa kami sekeluarga seblm dan sesudah kami pulang ke Malaysia membuatkan aku bertambah malas nak menjengah blog ni. Alhamdulillah Allah kurniakan kami kekuatan dan ketabahan hati menelan segala pahit dan caci maki fitnah insan yg pernah bergelar sahabat suatu masa dahulu. (sampai kini kami masih menganggap mereka sahabat dan sesekali kami tidak akan membuang mereka kerana “sesungguhnya tidak akan bau syurga kepada manusia yg memutuskan silaturrahim.. nauzubillah”.) Biarlah org memandang hina dan jijik pada kami dek mulut manusia yg tidak bertanggungjawap, namun jauh di sudut hati kami hanya Allah yg Maha Mengetahui segalanya. Memang pahit untuk di kenang tapi itulah reality hidup yg banyak mengajar kami erti sahabat dan membuatkan kami lebih berhati-hati dalam mengharungi hidup. Mungkin benar ada salahnya di pihak kami tp apakan daya jika manusia tidak dpt memaafkan sesama manusia, ego dan pangkat mengatasi segalanya. Kami redha.. Hanya padaMu kami serahkan segalanya. Semoga mereka diberkati hidupnya dan beroleh kecemerlangan sentiasa.

Apa pun jua yg berlaku, hidup mesti diteruskan. Hidup manusia bukan kerna pujian, mati manusia jugak bukan kerna dek cacian. Alhamdulillah kami bersyukur kerana sentiasa dikurniakan kekuatan dan ketabahan, semoga kami sentiasa dikurniakan taufik dan hidayahNya.


Sejak pulang dr Toulouse, banyak perkara yg berlaku cuma aku tak sempat nk berkongsi di sini selalu. Alhamdulillah kami sempat beraya di Malaysia seperti yg kami harapkan. Memang tak dpt dilupakan saat keluarga kami memeluk Farrel buat kali pertama di airport. Macam jejak kasih lak. Farrel plak seolah2 faham dan mudah mesra dgn semua ahli keluarga kami. Alhamdulillah sejak pulang ke sini, Farrel tak banyak masalah nk menyesuaikan
diri dgn keadaan di Malaysia. Malah aku dpt rasakan dia lebih gembira di sini kerana sentiasa dikelilingi ramai org yg sayangkannya. Tidurnya lebih teratur berbanding di Toulouse dulu. Alhamdulillah, di usia 9 bln ini dia dah mula berdiri tanpa memegang apa-apa dan sedang bertatih disamping sudah pandai berjoget(pantang dgr muzik/iklan tv). Harap dia cepat berjalan kelak. Farrel pun dah pandai “Bubbye” sekrg, mulut pun tak reti duk diam. Ada jer benda yg dingomel dan suka mengajuk ckp org. Tangga di rumah kami pun dah dipanjatnya sampai ke atas, cuma bila nak turun dia agak gayat. Makin lasak hero aku seorg ni. Cuma giginya jer belum tumbuh2 lagi, mungkin ada benarnya org tua2 kata kalau gigi lambat tumbuh selalunya baby blh berjalan dulu. Takpela sekrg2nya giginya tak cepat rosak.

Kakak aku pun dah selamat melahirkan baby boy yg ke 2 Oktober lepas. Ahmad Farish Iman. Semoga Farish menjadi anak yg soleh. Ayahku sengaja mencadangkan nama Farish, sbb hampir2 sama dgn Farrel. Kdg2 kelakar jugak aku tgk Farrel yg agak cemburu bila aku memangku Farish.
Adik lelaki bongsuku juga sudah selamat menamatkan zaman bujangnya dgn gadis pilihannya Farawahida. Semoga hubungan mereka berkekalan ke akhir hayat. Alhamdulillah kenduri mereka sgtla meriah sehinggakan semua makanan habis dan kunjungan tetamu yg tak putus2 sampai la ke ptg. Mujurla door gift yg disediakan cukup untuk para tetamu yg tak dijangkakan seramai itu. Huhu.. ponat makcik..

Terima kasih juga buat rakan2ku yg hadir ke majlis rumah terbuka kami yg sebenarnya dah abis syawal waktu tuh. Huhu.. apa2 pun sekurang2nya terubat juga rinduku pada rakan2 yg dh lama tak bertemu. Pada rakan-rakan yg menjemput kami ke rumah terbuka juga kami ucapkan ribuan terima kasih. Tahniah juga buat bestfriend aku yang dah bergelar Puan Hasliza. Semoga hubungan mereka berkekalan dan diredhaiNya.

Apa lagi yek.. Owh yea.. Syukur juga ke hadrat Ilahi kerana aku berjaya lulus dgn band 6.5 dlm test IELTS baru2 ni. Huhu.. target band 7 tp band 6.5 jer yg termampu. Kantoi sbb aku lost idea masa speaking test, tak sangka dpt tajuk sport yg mmg langsung bukan tajuk pilihan ku. Urusan ke UK juga memerlukan hubbyku bekerja keras mengisi segala macam borang dan kini kami sedang menunggu approval ATAS untuk membolehkan kami membuat Visa. Sedih bila memikirkan masa yg tinggal beberapa hari lagi bersama keluarga sebelum kami berangkat ke UK kelak. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkanNya.

Wah.. tak sangka pulak panjang update aku kali ni. Apa-apa pun aku ucapkan terima kasih kepada rakan2 bloggers yg sentiasa memberi sokongan. Insya Allah aku akan sentiasa update dr semasa ke semasa.


Transit di Amsterdam

Farrel yg sentiasa enjoy dlm flight

Mummy, Farrel & Farell??

Raya 2008

Ahmad Farish Iman

Adam & Acu Tirah

Farrel & Opah

Sibuk nak bergambar

Pengantin tibaaa

Fairuz & Farah

Selamat Pengantin Baru

Sepupu2 ku yg ceria!!!

7 comments:

missselfridge said...

aisey..sabar la ye..
pasla vis ammg makin strict tp takpa..insylh akan dpt gak last2..besala consular mmg ada je problem..take cr ek

Nihlah Insyirah said...

wahh farrel sudah besar..sgt cute gitu..mesti dia jalan dulu tu...takpa gigi lambat tumbuh, tak jenuh niza nak memberus..lagi pun lambat rosak..nanti dtg UK bolehlaa kita berjumpa:)

sabar byk2 ye, take care..

niza said...

Tq Nurul.. Insya Allah harap semuanya OK.

niza said...

Ana: Risau gak kalau dia dpt jalan before fly ke UK, karang satu flight dia nk tawaf. hehe.. Insya Allah nanti mmg nak sgt jumpe Ana & Insyirah yg cute tuhhh

Honeysuckle said...

Wah, makin besar dan makin hensem si Farrel. Lain muka dia dah besar ni.

Semoga segala persiapan ke UK berjalan lancar n Good Luck.

niza said...

Tq Merl.. Hopefully sumernya dipermudahkanNya

Aleeya said...

comelnye farrel bebaju melayu, tembam dia ehh, gerammmm..anak aku tak tembam sgt, kecik jek....