Wednesday, May 28, 2008

Kisah Farrel

Our Sweetheart

Nk update apa hr ni ek? Owh ye, hr ni 28/05 genap umur Farrel 3 bulan. Times flying so fast, and we realized that Farrel has grown up. Alhamdulillah, Farrel dikurniakan kesihatan yang baik dan x banyak ragam. Berkat doa keluarga di Mesia. Syukur sgt, even terlalu banyak dugaan lately, at least kami berjaya juga harunginya. Malah menjadikan kami lebih tahu untuk berfikir sebelum bertindak atau berkata-kata dan juga mengajar kami erti kehidupan. Kehidupan ni x semuanya manis, adakalanya ada pahitnya. Tp kami selalu berpegang kepada pepatah, yg manis x seharusnya terus ditelan, yg pahit jangan terus dibuang. Kekdg yg pahit itu adalah penawar kepada penyakit umpama ubat yg menyembuhkan penyakit (note: ubat tuh usaha, Allah itu Maha Penyembuh). Alhamdulillah juga kerana kami sentiasa diberikan kekuatan olehNYA. Bersyukur sgt di atas segala limpah dan kurniaNYA. Tidak perlu untuk berdengki di atas kelebihan org lain dan tidak mengambil peluang di atas kelemahan org lain.

Owh ye.. berbalik kepada kisah Farrel, Farrel sekrg dah pandai nk main dan makin lasak. Bila letak atas “tapis” dia, suka je. Boleh pusing 360 deg. Pahlawan la katakan. Farrel = Pahlawan. Skrg pun dh x tdo sekali atas katil ngan kiteorg. Dia tdo sendiri dalam cot dia. And skrg ni dh makin jarang bangun menyusu. 630 pg br merengek mintak susu. Dan skrg ni dia ada inisiatif sendiri, bila lambat kasi susu je dia akan hisap jari dulu. Cup cap cup cap hisap jari2 dia. Skrg dia dh minum susu formula. Itupun sbb dia mcm x puas “breasfeed”. Tp dh jd tabiat dia, kat rumah mmg dia nk “breastfeed”, bila bwk berjalan je dia nk minum susu botol. Cuma sesekali je kalau dia x puas “breastfeed” br kasi dia minum susu botol. Hehe, sng nk bwk berjalan. Mmg mummy ngan daddy Farrel suka berjalan pun. Since dr dlm kandungan lg dh usung dia merata2.

Farrel pun dh pandai nk smbg2 ngan org. Dh pandai cari2 bila org panggil nama dia. Bila kiteorg kol org Mesia, dia mcm merengek2 je nk ckp kat telefon. Bila kasi gagang telefon kat dia senyap je. Suka sgt bila dgr org2 Mesia (atuk, opah, tok daddy, tok nek, auntie wiwin) panggil nama dia kat telefon. Sengih je memanjang. Mulalah dia mencari sapa yg panggil dia. Bangun pagi mesti dh kena terus mandi dia. Klu mandi lambat sikit mulalah nk nangis2. Huhu. Kekdg nk bgn lmbt sikit pun dh x bleh klu dia bangun awal. Lps mandi letak dlm tapis dia then main2 kekdg terus tertdor dlm tapis dia. Hehe, lucu pun ada. Tidor mcm bertafakur. Tangan dua2 mesti kat dada. Tgk lah pic2 dia kat bawah nih. Hehe.

Oklah, nnt update lg. Apapun moga anak mummy and daddy Ahmad Farrel Daniel terus membesar dgn sihat, menjadi anak yg soleh dan anak yg berbakti kepada org tuanya, bangsa dan negara bila dewasa kelak.

Mula-mula syok jerr dia main ngan giraffe

At last dia leh tertido lak..

2 comments:

Nihlah Insyirah said...

alaaa baiknya farrel ni...bagus2...be a good boy:)

A Journey To Remember said...

tq ummi insyirah.. alhamdulillah farrel x byk ragam. tp kalau dia ngantuk memang dia meragam sbb dia x suka tido.