Friday, March 21, 2008

Paris.. Here we come!!!

Hari nih dah masuk hari ke 23 aku berpantang. huhu... pantang pun macam tak pantang jer.. yg lebih tepat "pantang jumpe", semua aku makan. hihi.. hari tuh aku makan bayam, lepas tuh terus demam teruk. Tuhla, org Malaysia semua dah pesan jgn makan sayur tapi aku makan jugak. Sbb aku tatau pun bayam tuh sejuk. Sampai menggigil2 badan aku n rasanya time tuh suhu badan dah lebih 40 deg. Kesian kat Farrel sbb mlm aku demam tuh dia macam tak puas jer menyusu sbb badan aku kering sgt. Susu pun maybe tak banyak so dia pun mula la meragam, tidur pun tak nyenyak. Lagi kesian kat hubby aku kena jaga aku n dia malam tuh. Dahla esoknya ade kelas. Tok kat Malaysia punye la risau sampai nangis2, huhu... kesiannya... nyesal lak bgtau dia sbb buat dia risau jer. Tapi yg kelakarnya Awin ckp tok tunggu sayap tumbuh sbb nak terbang dtg sini. hehe.. nasib baik tak tumbuh, kalau tak mesti dah sampai kat Toulouse ni.

Sejak demam hari tuh, aku dah tak berani nak makan sayur. So aku gantilah dengan makan buah2an supaya tak kena sembelit. Risau jugak sbb org kata masa dlm pantang ni senang kena sembelit. Tapi masa gi jumpe doc hari tuh dia ckp flu n ade virus so dalam 2-3 hari akan baik.tp kalau x baik kena gi jumpe dia semula. Alhamdulillah aku dah sihat leas makan ubat yg dia suggest.Farrel pun dah OK dan tak meragam lagi. Dia pun makin kerap menyusu sekrg, kdg2 sampai dekat sejam dia menyusu. huhu.. sabo jer la.. kadang2 fikir nak jugak campur ngan susu formula tapi risau pulak nanti dia dah taknak susu badan so biarla fully breastfeeding. Bknnya ape, risau kalau aku demam or x sihat n susu x banyak, kesian plak dia tak puas menyusu.

Teringat aku masa 1st week nyusukan dia, rasa macam nak nangis jer sbb masa tuh sakit sgt. Kadang2 rasa nak give up jer sbb tak tahan. Tak sangka aku bila 1st time susukan baby mmg sakit mcm tuh, selama nih aku tgk org lain relax jer susukan baby diorg. Alhamdulillah sekrg everything getting better dan takdela sesakit mula2 dulu. Yang penting kita kena sentiasa kuat semangat dan pk yg positif supaya x give up. Memang mencabar betul bila bab menyusu ni. Masa mula2 dulu, dahla sakit lepas tuh Farrel pulak kerap sgt menyusu. Kalau tak sabar dah lama give up. Bila time bangun malam nak menyusu tuh lagilaa mencabar. Alhamdulillah sekrg aku dah enjoy bangun malam n susukan dia. Aku pun sekrg banyak2 makan oat n susu tuk produce lebih banyak susu dalam badan.

Erm.. next week 29 - 31/3/08, aku, hubby n Farrel akan ke Paris tuk apply passport Farrel kat embassy. Hopefully everything OK dan Farrel sihat n x meragam. Risau jugak nak bawak dia jauh2 ni tapi macamana pun kena pegi jugak, kalau tak nanti Farrel takleh balik Malaysia (actually aku yg beria2 nk pergi, risau plak klu Azizul pegi sorg). huhu.. Kiteorg akan lepak kat rumah kak yus (one of embassy staf). Actually kiteorg jumpe kak yus ni sebelum dtg sini kat embassy France kat KL. borak2 kat situ n tuko2 email. huhu.. bukannye kenal sgt tapi dengan muka tak malu nak lepak rumah dia plak. Segan mmg segan tapi dia yg beria ajak tido umah dia so kiteorg on jer la. Harap Farrel behave la nanti kat rumah dia. huhu.. Trip kali nih mmg target nak buat passport Farrel jer so takdela jalan mana sgt. Maybe pegi Eiffel Tower n tempat2 lain yg area situ jer. Nanti next trip bila nak pegi ambik passport Farrel lepas sebulan baru nak stay lama sikit n jalan2. Lagipun masa tuh Farrel dah besar sikit so tak la risau sgt bawak dia jalan2.

Okayla, aku stop sini dulu sbb si kecik dah bangun. huhu.. seperti biasa kena susukan dia n tuko pampers dia. Nih aku share sikit informations pasal breastfeeding.

Makanan yg di galakkan; lobak putih, semua jenis ikan, ikan yu (tak penah makan lagi, ikan sardin, tuna, salmon, kurma, jantun pisang, kucai+tauhu+taugeh, petola, kentang rebus, longan kering (air mata kucing), roti, biskut marie, daun turi, pegaga, kacang buncis, sayur sawi, cheese, planta...

Minuman plak; air masak, susu, soya, nestum, oat, horlicks, milo, jus buah2an (betik/honeydew), rebusan buah pala, sprirulina, air kelapa, rebusan air halba...

Supplement yg perlu diambil; omega 3, obimim, kalsium, vitamin C...

Monday, March 17, 2008

Di sebalik nama...

Ahmad Farrel Daniel around 17 days

Nih sikit sebanyak sejarah nama Ahmad Farrel Daniel, moga Farrel besar nanti bolehla aku cerita kat dia macam mana boleh wujudnya nama Farrel ni.

Ahmad membawa maksud "Yang Terpuji", Farrel membawa maksud "Pahlawan" dan Daniel adalah nama salah seorang nabi. Aku dan hubby pun tak pasti kenapa kami berkenan sangat dengan nama ni, tp bila terjumpa je nama Farrel ni terus aku masuk dalam list nama pilihan kiteorang. Lagipun aku mmg cari nama yg pangkalnya mula huruf F disebabkan keluarga aku semuanya mula dengan huruf F. Lagipun Farrel anak sulung jadi aku n hubby harap biarlah dia jadi "pahlawan @ hero" dalam keluarga dan dapat menjaga adik2nya nanti. Pada mulanya, aku n hubby nak letak Muhammad tapi bila pk balik hubby aku nama Azizul so biarlah pangkal namanya pun A jugak so sbb tuh kiteorg letak Ahmad, biar simple dan pendek sikit. Nama Daniel pulak mmg aku berkenan dr dulu lagi sejak belum kawin. Hubby aku pun berkenan jugak dgn nama ni so kami pun letak la jugak nama Daniel ni. So terciptalah nama Ahmad Farrel Daniel, putera Mummy n Daddy yg tersayang. Ni aku senaraikan nama2 yang aku short list kan masa aku tgh pregnant dulu. Pening jugak masa nak pilih nama untuk Farrel dulu.

Zareef – periang
Elman – knowledge
Emir – to command
Haikal – pokok yg besar dan subur
Harith – kuat / berusaha
Hilman – kesopanan / kesabaran
Ehsan/ihsan – kebaikan
Ilman – berilmu
Na’il – penyelesai masalah
Nawfal – generous
Riyadh – taman
Farrel – pahlawan
Arman – harapan / aspirasi
Eidlan – Eidlan (Adil)
Ilmi – berilmu


Wednesday, March 12, 2008

Our 1st Anniversary.. 090308

Alhamdulillah, tanggal 9 March 08 lepas genaplah setahun usia perkahwinan aku dan Azizul. Tak sangka dah setahun kami bersama mengharung onak duri rumah tangga. Rasa baru jer duduk bersanding dan diarak sbg raja sehari. Masih terbayang lagi keriuhan dan kemeriahan kenduri kawin kiteorg dulu. Huhu.. tak sangka, sekarang dah setahun berlalu. Perkahwinan yg terbina atas dasar pilihan keluarga, alhamdulillah menjanjikan sebuah kebahagian. Terima kasih Opah, Tok & Pah Limah yg menemukan dan menyatukan kami dengan ikatan perkahwinan.

Gift for our 1st Anniversary

Azizul.. kalau dulu kami cumalah kawan sepermainan semasa kecil, tak sangka sekrang bergelar suami dan bapa kepada anakku. Sekitar usiaku 7 - 12 tahun, kami tinggal di kejiranan yang sama. Tiap petang aku akan menjengah ke kampung belakang untuk bermain dengan kawan baik aku, Ani dan Iwan. Masa tuh aku takdelah rapat sgt dgn Azizul. Lagipun dulu dia gelarkan aku "rambut tebuan". huhu.. sabo jer laaaa.. padahal rambut aku masa tuh punye lah cun, kalah rambut kajol. Masih segar dalam ingatan aku kenangan bila aku jatuh basikal betul2 depan rumah dia dan nenek dia yg letakkan ubat kat lutut aku. Sebelum tuh aku punye la takut sbb nenek dia macam garang jer. Tak sangka sekrg dah jadi nenek mertua aku yg sgt sporting. Dulu, kecoh jugak satu kampung bila Azizul kena ikat kat tiang luar rumah dia sbb nakal sgt (pegi mandi sungai tak bgtau kat tok). hehee.. sorry bang, pecah rahsia abg. huhu.. padan muka.. :P . jangan la Farrel nanti nakal cam abg.

Tapi semuanya berubah sekitar bulan September 2006 bila Pah Limah dan Opah aku merencanakan untuk menyatukan aku dan Azizul. Masa tu kami masing2 dah ada pasangan masing2 tapi apakan daya family tak merestui. Tuhan lebih mengetahui apa yg terbaik untuk kita dan alhamdulillah aku telah membuat keputusan yg tepat bila menurut kata family untuk memilih Azizul sbg teman sehidup semati. Pertama kali bertemu setelah terpisah lebih kurang 12 tahun adalah masa hari nak beli cincin pertunangan. Masa tuh Azizul pakai braces. huhu.. masa tuh aku asyik mengutuk jer sbb buruk betul tgk dia pakai braces tuh. Dahla kurus sgt nak dibandingkan dengan aku, risau jer bila dia jalan dgn aku org lain akan ingat dia adik aku. Yang kelakarnya kiteorg pergi lepak kat pintu maasuk zoo untuk bincang pasal barang2 hantaran. macam takde port lain jer..

Tanggal 11/11/06, kami pun mengikat tali pertunangan walaupun sebulan sebelum tuh aku berangkat ke Jepun atas urusan kerja. Sepanjang aku di Jepun kami hanya berhubung melalui telefon. Seminggu sebelum bertunang aku pulang ke Malaysia dan sehari selepas bertunang aku kembali semula ke Jepun selama 2 bulan. Jadi kami memang hanya berhubung melalui telefon dan langsung tak bercinta macam orang lain. Sekembalinya aku ke Malaysia, keluarga dah mengaturkan untuk menyatukan kami pada 9/3/07. Jadi, aku hanya mempunyai masa 2 bulan untuk membuat persiapan perkahwinan. Sepanjang membuat persiapan tuhla aku menjadi semakin rapat dengan bakal suamiku dan semakin mengenalinya.

Entering new phase of life

Tanggal 9/3/07 pukul 6.20 ptg, sahlah aku bergelar isteri kepada Azizul Abdul Karim. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dan saat itulah baru aku mula jatuh cinta pada suami ku sendiri. cheewaahhh.. jiwang le pulak. sbb masa tuh Azizul dah tak pakai braces, nampakla comel dan hensem sikit suamiku. hehe.. Tapi yg kelakarnya masa akad nikah tuh sepatutnya dijadualkan selepas solat asar tapi suamiku tiba lebih kurang pukul 6 ptg. Sepanjang menunggu ketibaan suamiku, tok imam dan tok kadi asyik membebel2 sampaikan tok kadi telefon suamiku suruh cepat sikit. Huhu.. buat malu pengantin perempuan jer. Dahlah masa tuh ade 3 lagi pasangan lain yg semuanya terpaksa menunggu suamiku sebelum tok kadi mula membaca khutbah.

Happiness Day

Tak sangka kini genap setahun ikatan perkahwinan kami dan pada mulanya memang banyak dugaan yg terpaksa kami tempuh dan alhamdulillah berkat kesabaran semuanya dipermudahkan Tuhan. Tak sangka laluan hidupku semudah ini dan aku bersyukur dengan segala nikmat yg dianugerahkan Tuhan. Kini, hidupku makin ceria dengan kehadiran putera sulung kami Farrel. Walaupun pada mulanya kami tak merancang tuk dapat baby dalam masa terdekat tapi kita hanya merancang, Tuhan lebih mengetahui yg terbaik buat kita. Dengan kehadiran Azizul dan Farrel dalam hidupku, terasa sempurna diriku sebagai wanita dan aku berazam untuk menjadi isteri dan ibu yg terbaik buat 2 buah hati kesayanganku, insya Allah.

Lovely Family Forever... Insya Allah...

Monday, March 10, 2008

Anugerah Ilahi.. Ahmad Farrel Daniel


Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke 12 usia anakandaku yg tercinta, Ahmad Farrel Daniel bin Azizul. Disebabkan ni 1st posting selepas aku deliver so aku rasa better aku share sikit pengalaman bersalin yg sememangnya sentiasa segar dalam ingatan dan insya Allah tak mungkin aku lupakan. Pengalaman yg paling manis dalam hidup aku serta mematangkan aku.

Malam 26 Februari 2008, aku tak dapat tidur nyenyak sebab pinggang dan kaki aku sebelah kanan sakit tapi aku tak rasa tuh tanda2 nak bersalin. Aku ingatkan sakit2 biasa je. Tapi bila bangun pagi ade sikit stain n blood keluar (sikit sgt) so aku mula dah rasa berdebar2. Aku pun bgtau hubby aku & dia pun cepat2 suruh aku call weeda tanye tuh tanda nak bersalin ke tak. Weeda ckp mmg tuh tanda2 nak bersalin sbb masa dia nak bersalin kan Muaz pun keluar mcm tuh jugak. Aku n hubby pun tunggu lagi beberapa jam sebelum buat keputusan ke hospital. Aku suruh jugak hubby aku pegi kelas wpun dia mcm berat hati je nak tinggalkan aku srg2 kat rumah. Pukul 10.15 am aku call hubyy suruh balik sbb aku dah mula rasa macam ade contraction. So lebih kurang pukul 12.30 kiteorg pun bertolak la ke Hospital Joseph Ducuing. Bila sampai je kat hospital, midwife ckp baru terbuka 1cm so dia ckp boleh balik rumah dulu. Aku n hubby pun balik la dulu sbb menurut kata midwife tuh 1st baby selalunya amek masa lama tuk deliver. Tapi dia pesan ape2 hal dtg balik ke hospital. Masa tuh aku dah mula berdebar2 sbb aku tau tak lama lagi aku akan bergelar ibu. huhu...

Bila balik ke rumah, contraction makin kerap dan makin sakit. Tuhan je yg tahu betapa sakitnya contraction nak bersalin. Selang masa contraction pun lebih kurang 5 minit. Pukul 7.30 mlm aku ajak hubby pegi hospital semula sbb aku dah tak tahan sangat nak menanggung sakit contraction yg semakin kerap. Alhamdulillah walaupun sakit, aku masih boleh bertahan dan berjalan sampai ke wad. Midwife yg check aku tuh ckp baru terbuka 2 cm. Bayangkan la, dah berapa jam aku tahan sakit baru terbuka 2 cm. Aku mula terpk tahan ke aku nak tunggu sampai terbuka 10cm. huhu.. nak meraung je rasa tapi aku banyak2 sabar dan baca doa nabi yunus. UnTuk pujuk diri sendiri, aku sentiasa pk yg positif.Tapi disebabkan contraction aku yg kerap, midwife tuh bawak aku masuk labor room. Dalam hati aku dah tak sabar nak suruh dia letak epidural tuk kurangkan sakit tp lebih kurang pukul 3 pagi baru pakar anesthesis datang dan letak epidural. Masa tuh rasa lega yg amat. Sebelum tuh, ade jugak midwife tuh masukkan sejenis drug tuk lalikan aku tp dlam keadaan lali pun aku still dpt rasa sakit contraction. Lepas pakar anesthesis bagi suntikan epidural baru aku dapat tidur nyenyak n hubby aku pun dapat jugak tidur. Kalau tak, kesian dia kena berjaga sepanjang malam. Tak dapat aku bayangkan kalau hubby aku takde bersama mesti aku tak mampu nak harung semua ni sorang2. Sekurang2nya bila ade hubby kat sebelah semangat aku tak lumpuh dan berkobar2 nak bersalin wpun tenaga makin kurang.

Alhamdulillah, lebih kurang pukul 7 pagi, dah terbuka 10cm so it's time to push baby out. Masa tuh midwife yg semlm dah kena tuko shift so masuk la midwife yg baru yg lebih muda. Midwife yg sebelum tuh lebih kurang sebaya mak aku n lembut sgt. Tapi dia tak pandai speaking so sepanjang malam dia ckp France n kiteorg pun buat2 la faham. Nasib baik midwife yg bakal sambut baby aku ni boleh la speaking sikit2 n tgk gaya pun cam cergas jer orgnya. Harap baby aku pun secergas dia la nanti. Lebih kurang pukul 7.30, aku pun startla push baby keluar sbb dah rasa sgt2 baby tuh engaged. Satu lagi ujian dr tuhan bila midwife tuh ckp kepala baby aku duduk dalam keadaan senget. Sepatutnya dia tunduk tapi baby aku landing baik punyaaa dekat tepi pelvis so proses nak keluarkan dia pun jadi sukar sikit. Aku hampir give up jugak sbb dah byk hilang tenaga. Tapi aku sentiasa kuatkan semangat demi anak n hubby sbb pengorbanan seorg ibu n isteri tak ternilai harganya. Masa tuh ada jugak sesekali aku terpk yg buruk tapi aku buang jauh2 dan sentiasa ingat Allah. Hubby mmg tunggu sepanjang proses aku nak bersalin tuh n aku tak sangka dia seberani tuh. Alhamudulillah, tepat pukul 8.25 pagi lahirlah putera sulung kami Ahmad Farrel Daniel bin Azizul. Allahuakbar.. syukur sgt2 semuanya selamat walaupun aku kehilangan banyak darah. Saat yg tak dapat aku lupakan bila midwife tuh letak baby atas dada aku dan masih lagi aku terbayang wajah Farrel bila pertama kali dia melihat dunia. Saat tuh mmg aku tak dapat lupakan dan masa tuh jugak semua sakit, penat lelah aku tadi hilang serta merta. Alhamdulillah aku dah pun bergelar ibu. Terima kasih yg tak terhingga buat suamiku yg tak putus beri aku semangat. Love both of u so much!!!

Aku kena admit kat hospital sampai hari ke 6. Sepatutnya hari ke 5 aku n Farrel dah boleh balik tapi last minute doctor detect Farrel ade terkena sikit Jaundice dan darah dia pun ade sikit infection. So kenala tunggu esok tuk tengok perkembangan Farrel. Alhamdulillah, hari ke 6 semuanya OK dan aku n Farrel dah boleh balik rumah. Lega rasanya dapat balik wpun best jugak duk spital sbb nurse2 kat hospital tuh mmg baik2 dan muda2, plus makan pun sodap!!. Lagipun hubby aku dah dekat seminggu ponteng kelas so bila dah keluar hospital at least dia dah boleh pegi kelas. Kesian dia 5 mlam terpaksa tidur atas kerusi malas. Dan part yg paling best bila Farrel susah tidur malam so time tuh laa betul2 menguji kesabaran mummy n daddy dia. huhu.. Dekat seminggu lebih jugakla aku n hubby tak dapat tidur malam, kena buli dengan Farrel. Alhamdulillah sekrg ni Farrel dah mula tidur nyenyak n terjaga bila nak menyusu jer. Aku n hubby pun dah mula pandai mandikan Farrel, tukar lampin, bedung dia, pakaikan bengkung n menyusu dia. Sekrng aku tgh menjalani proses berpantang dan tak sabar nak tunggu hari ke 44. Syukur ada kawan2 yg lebih berpengalaman so takdela aku n hubby terkontang kanting uruskan Farrel. Maklumla aku n hubby terpaksa uruskan semua sendiri. huhu.. bestnyaaa kalau mama ada kat sini...apa2 pun hidup aku sekrg bertambah ceria di samping 2 hero yg tercinta.