Nk update apa hr ni ek? Owh ye, hr ni 28/05 genap umur Farrel 3 bulan. Times flying so fast, and we realized that Farrel has grown up. Alhamdulillah, Farrel dikurniakan kesihatan yang baik dan x banyak ragam. Berkat doa keluarga di Mesia. Syukur sgt, even terlalu banyak dugaan lately, at least kami berjaya juga harunginya. Malah menjadikan kami lebih tahu untuk berfikir sebelum bertindak atau berkata-kata dan juga mengajar kami erti kehidupan. Kehidupan ni x semuanya manis, adakalanya ada pahitnya. Tp kami selalu berpegang kepada pepatah, yg manis x seharusnya terus ditelan, yg pahit jangan terus dibuang. Kekdg yg pahit itu adalah penawar kepada penyakit umpama ubat yg menyembuhkan penyakit (note: ubat tuh usaha, Allah itu Maha Penyembuh). Alhamdulillah juga kerana kami sentiasa diberikan kekuatan olehNYA. Bersyukur sgt di atas segala limpah dan kurniaNYA. Tidak perlu untuk berdengki di atas kelebihan org lain dan tidak mengambil peluang di atas kelemahan org lain.
Wednesday, May 28, 2008
Kisah Farrel
Monday, May 19, 2008
Family Day!!
Last Sunday kami sekeluarga pegi picnic kat Jardin Pont Neuf. Hari Sabtu lagi aku dah plan nak buat Family Day ni. excited tulll.. lagipun masa Mother's Day hari tuh takde special celebration aper2 pun, just makan crumble strawberry je so sempena Family Day ni kiranya merangkap celebration tuk Mother's Day sekali la. Thanx Daddy sbb belikan Mummy hadiah tuh ekkk.. Tapi bila Mummy bleh pakai yek?? Huhu.. yg paling bermakna sekali sbb tahun ni 1st time aku sambut Mother's Day setelah aku bergelar Mummy kepada Farrel. Walaupun Farrel tak dpt nak wish aku tp tak kisahla sbb Daddy dia dah mewakilkan Farrel wish aku "Happy Mother's Day". Rasa bangga sgt bila dapat sambut Mother's Day, huhu... tak sangka aku dah jadi ibu. Best sgt dpt tgk Farrel membesar depan mata, tambah-tambah sekarang ni Farrel dah pandai senyum & gelak. Bangun pagi-pagi dah pandai nak ajak org borak-borak dengan dia. Bila nangis jer dengar cam dia sebut "mama"... kadang-kadang dengar cam "mek".. kompius aku, Farrel ni org Perancis ke org Kelate. hehehe.. ape2 pun Mummy n Daddy bahagia sgt sejak-sejak Farrel muncul dlm hidup kami.
Labels:
France,
Jardin des Pont Neuf,
Toulouse
Thursday, May 15, 2008
Toulouse-Paris-Marrakech-Lyon-Toulouse
Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai ke Toulouse 7/5/08 lepas pukul 10 am. Huhu... penat sesangat trip kali ni. Kami bertolak 2/5/08 dr Toulouse ke Paris pukul 8.35am. Pagi2 lagi aku dah bangun goreng cucur ikan bilis tuk bekal dalam flight nanti. Farrel pun tak mandi pagi sbb awal sgt so kami amek keputusan mandikan dia kat hotel nanti. Alhamdulillah walaupun 1st time Farrel naik flight tp dia cool jer.. siap tido berdengkur2 lagi dlm flight. Risau gak aku sbb kalau ikutkan baby tak elok sgt naik flight. Then kami terus menuju ke hotel, kali ni kami stay dekat Libertel Hotel area Moulin Rouge jugak sbb 1st trip dulu pun kami dah stay area Moulin Rouge so takde la terkial-kial sgt nak cari hotel. Petang tuh kami pusing-pusing kat Eiffel Tower jer.. Esoknya kami pegi ke Disneyland. Tapi yg tak bestnyaa kamera lak tertinggal kat hotel, sib baik bawak digi cam. Macam best jer nak masuk Disneyland tapi disebabkan Farrel kecik lagi so kami pusing2 kat Disney Village jer. Then kami pegi La Fayette. Ramai giler org kat sana sampai nak berjalan pun terpaksa berhimpit2. Kat butik LV punyer laaa ramai org, macam ader jualan lelong plak. Giler laa diorg ni borong LV, aku boleh telan air liur jer laaa.. Then kiteorg ke Goncourt beli kristal. Last day kiteorg ke Sacre Coeur sebelum bertolak ke Marrakech. Cantik Sacre Coeur ni, macam Taj Mahal jer.
4/5/08 kami pun bertolak ke Marrakech dr airport Paris CDG. Flight kami delay lebih kurang sejam so dalam kul 5.30 baru kami bertolak. Beza masa antara France n Morocco adalah 2 jam so lebih kurang kul 7.30 local time kami pun tiba di airport Marrakech. Memula sampai rasa excited sangat. Bangunan kat sana pun Islamic Architecture so ada laa kelainan sket nak dibandingkan dengan architecture bangunan dekat France. Kami telah disambut dan di bawa ke Riad Nomade. Actually Riad nih lebih kurang Home Stay, kebanyakan tourist akan pilih Riad tuk stay sbb ala-ala arab gitu.. Kami pilih tuk stay kat Riad ni pun sbb harganya sangat berpatutan. Memula sampai je kat Riad ni rasa gerun sgt sbb jalan nak ke Riad ni mmg menyeramkan dan terpaksa lalu lorong-lorong gelap. huhu.. Sesampainya kami di Riad, kami disambut ala-ala arab gitu, siap dengan mint tea, kuih muih pastu ade renjis-renjis tangan dgn air wangi. Kalau ade tarian gelek mesti lagi meriah. hihi.. Tapi kami diberitahu oleh tuan punya riad tuh sepatutnya kami tak dibenarkan bawak baby sbb situ macam private area so takut ganggu guest lain nanti. Alhamdulillah diorg takde la strict sgt so diorg benarkan jer kami stay kat situ. Lega sgt sbb Farrel asyik tido jer sepanjang kat Riad sampaikan ade guest lain ckp diorg tak sedar pun ade baby kat Riad tuh. Aku pun risau jugak kalau-kalau ade org yg complaint pasal kiteorg. Lepas kiteorg dibawa melawat Riad, kiteorg pun terus keluar ke Souk tuk makan malam. Wah.. happening sungguh malam dekat Marrakech. Macam dekat Kelantan lak rasanya.. macam pasar malam dekat Padang bas.huhu.. banyak stall-stall makanan n jus oren. Masa tuh rasa macam nak makan semuanyaa..huhu.. tapi sayangnya aku ni bukan pemakan kambing, berderet2 stall yg jual sup kambing. Macam best jerr.. tp bila nampak jer kepala kambing atas gerai diorg terus ilang selera. Kesian hubby aku terpaksa ikut selera aku so x dptla dia merasa kambing Marrakech.
Esoknya kiteorg pusing-pusing lagi kat souk. Souk nih kira cam flea market la tp besar n meriah sangat kedai-kedai kat situ. Antara specialty Morocco yg menarik dijual cam kasut kulit, brg dr kulit, pewter, tudung & kain, brg buatan kayu, carpet, souvenir n mcm2 lagi. Then kiteorg gi pusing2 town naik bas. Actually masa tuh aku dah teringat nak balik Toulouse sbb panas sgt kat situ. Dahla panas pastu berdebu. Kesian lak kat Farrel tp sepanjang hari dia asyik tido jer. Aku rasa Farrel mmg suka tido waktu2 panas sbb kat rumah takde lak dia suka sgt tido. Nasib baik aku bawak sling sbb bahaya sgt kalau bawak stroller sbb kenderaan kat situ sumer laju2 n tak hirau sgt pejalan kaki ni. Kereta lembu, kuda, keldai semuanya guna jalan yg sama. Huhu.. mencabar tull..
Kesimpulannya, trip ke Marrakech ni mmg mencabar. Orang2nya pun takdela baik sgt, suka mintak tips.. bayangkan laa, org kat kedai makan n org yg tolong balut carpet yg kiteorg beli pun mintak tips. Tah aper2. Kiteorg buat x lyn jer.. hehe.. Tapi bg org2 yg suka shopping mmg enjoylaa dkt souk. Yg penting mesti pandai bargain. Mmg bermakna sgt pengalaman ke Marrakech, betul2 mengajar erti kesabaran n at least aku dpt merasai kehidupan org Islam di benua Afrika.
Friday, May 9, 2008
Paris & Marrakech Visit
It's has been a long time since the last update about us etc. Can't remember what exactly the last posting about. Here for the starting we would like to present our picture from our last visit to Paris and Marrakech. Hope all of you will enjoy it. For more pics, please visit our fotopages.
It was really amazing visit that we ever had including the trip to Italy. But it's so tiring us until now. Ok till next time.
It was really amazing visit that we ever had including the trip to Italy. But it's so tiring us until now. Ok till next time.
Subscribe to:
Posts (Atom)