Wednesday, November 28, 2007

Nothing much...

First of all, sori sesgt sbb dh lama tak update blog. Rasanya sejak2 launch blog ni langsung tak update. Niat hati mmg nk update hari2 tapi disebabkan internet yang 'bengong' so terpaksala simpan ajer niat yang suci lagi murni... chewahh...

Pejam celik pejam celik dah lebih kurang 5 bulan kiteorg berada di bumi Perancis ni. Bermacam pengalaman pahit manis yang telah kiteorg lalui, tapi alhamdulillah so far semuanya 'ok' atas bantuan rakan2 di sini. Rasanya kalau takder dorg ni susah jugak hidup kiteorg dekat sini. So to appreciate them we, let us jot down their name here. Khairul (ex lecturer azizul) & Weeda, Shahar & As (Azizul's Colleague), Khairil & Linda, Iqmal, Azami, Aznor & Kak Zah. Kalau takder bantuan dorg2 ni mmg susah jugaklah nk harungi pahit maung yg sememangnya tidak diduga. Masalah utama yang kiteorg hadapi kat sini adalah komunikasi yg boleh diibaratkan seperti ayam bercakap dgn itik. Susah nak cakap, org Perancis ni mmg x tau speaking atau sajer2 buat x tau. Negara dah maju tapi hidup still depends pada bahasa Perancis. So terpaksalah kiteorg menjadikan bahasa isyarat sebagai bahasa perantara. Even kiteorg paham apa yg dorg ckp tp mslh nk reply balik tuh, itu je mslhnya. Kawan Azizul (Shahar & As) boleh survive kat sini selama setahun walaupun x reti speaking French. At last, As bukan setakat dapat Master of Engineering but also master in sign language. 2 in 1. Hehe.

Masalah kedua pulak berkaitan pregnancy aku. Huhu, walaupun bermacam dugaan tapi kiteorg tetap bersyukur dgn kurniaanNYA. Dekat sini kos perubatan semuanya mahal. Contohnya sekali appoinment dgn doktor pun kosnya xkurang 22-28Euro. itu belum lagi untuk blood test, sekali pergi kosnya mencecah 120Euro. Huhu... kalau 5 kali blood test boleh bankrupt kiteorg. Kos bersalin kat sini sajer pun mencecah 4000Euro, kalau convert RM dah boleh beli sebijik Kancil. So untuk menampung kos perubatan, kiteorg terpaksa apply insurance untuk cover medical cost dan hospital bila aku bersalin nnt. Thanks to Khairul & family yg banyak membantu kiteorg dalam hal untuk mendapatkan insurance tuh. So skrg aku dh xder mslh psl insurance. Dgn insurance tuh sume bil perubatan ditanggung sepanjang setahun kami berada di sini. Mmg hepi sgt sume mslh berkaitan pregnancy cost dh selesai. Syukur jugak aku dh daftar ngan hospital yang bakal menjadi tempat lahir anak kiteorg nnt. Nama hospital tu Joseph-Ducuing (pronounciation: Josept Duquwa), kena sengau sikit. Hehe. Weeda & Kak Zah dulu pun bersalin kat hospital tuh. So dorg ckp servis mmg best. Selama ni aku pergi wat echograhy pun mmg best.

Hari ni dah lebih kurang 6 bulan usia kandunganku. So far alhamdulillah xder masalah yang serius, cuma biasa la sakit2 belakang and tak boleh tido malam. Skrg akau makin montel... haha... dah gain lebih kurang 9kg... huhu... asyik kena perli jer ngan hubby. Dia siap warning lps bersalin kena slimkan badan. Insya Allah aku cuba yg terbaik sbb aku skrg pun susah hati sgt kalau berat naik melampau then payah nak turun. Huhu... Baby aku skrg pun semakin aktif main bola sepak dalam perut aku. Huhu... mesti dia dah tak sabar nk keluar main bola kat padang ENAC. Bila baby bergerak jer, yg paling excited sekali ialah daddy nyer laa. Huhu... Nanti bila baby dah keluar takleh nak gambarkan camner laa rupa daddynya yang tersangat excited tuh. Erm... setakat hari ni dah 3 kali aku pergi hospital. 2 kali untuk ecnhography (4 bln & 5 bln) dan sekali jumpe doktor pakar tuk pemeriksaan kandungan dan kesihatan. Lagi satu kat sini, bagi ibu2 yang mengandung mmg kena kerap buat blood test. So far dah 3 kali aku buat blood test kat Languedoc Lab. Dah lebih 10 botol darah aku dorg amik.

Setiap kali aku pergi hospital mesti ditemani oleh staf2 IAS. Maklumla aku ni tak reti berbahasa Perancis. Setakat bonjour, cava, merci & au revoir tu boleh laa... Hubby pulak sibuk dgn kelas, so x boleh nk temankan aku ke hospital. Cuma ada la dia ponteng sekali masa nak pergi private clininc and blood test. Kesian pulak kalau tiap kali nak teman aku ke hospital dia ponteng kelas. Xper la, skrg baby aku dh ada mak angkat (Anne-Marie PONS) and kakak angkat (Amanda). Hehe... so mak angkat and kakak angkat la yang bergilir2 temankan aku ke hospital setakat ni.

Oklah, kalu ikutkan banyak lagi nak cerita tapi slow2 la, internet pun baru je dapat guna kat rumah ni. Kalau tak kena pergi kelab untuk guna internet. Plus skrg ni aku sibuk ngan aktiviti baru, knitting yg baru diperingkat amatur. Hehe... insya Allah aku akan update & story serba kelt life baru kat sini bila ada kesempatan.

Superman Return!!!

Salam, sajer nak kongsi cerita ni, tergelak kami suami isteri baca cerita ni...

Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup " gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz). Lalu ada yg sound: "Apahal duduk macam nak berlari ajer...." "Tak baik lutut tinggi pada makanan.."
"Ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen... Aku pun basuh tangan. Nota untuk mua'alaf : Sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang
korang. - Hutang kereta/rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu. Kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi. Nak pakai sudu material apa? Stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? Matelic ke cooper?
Kan susah tu!!! Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja.. bentuk bulat ke bentuk heksagon?, Oktagon?, Nanagon? Nak kena pergi kedai perabot buat ansuran mudah! Jimat ! Hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia , bla bla bla!!! Oh...

Lepas tu makanlah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?"

Aku kata : "Huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggan!!!"

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan
lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5... Oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...

Diorang tegur: "Essh.. pengotor betullah".

Aku kata : "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!" (tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman).

"Nie, apahal jilat2 jari nie? Lucah betul!!"- tanya diorang pada aku..

"Makan ayam sedap sampai ke kaki... makan sate sedap sampai ke lidi heheheh"- kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan.. err maksud aku cara Nabi makan... Aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik dengan bertanya: "Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?"

Abang aku kata sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..

Aku kata : "Salah!!! Lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!" Aku menyambung : "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer. Namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka dikira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan cepat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. Kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku).

Aku kata : "Senang sajer... Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.."

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "Lurus mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!" (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai
emas..)

Aku kata : "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga ketawa..
sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar.. Semuanya dari Allah!!! He he he...

Selamat mencuba, ni bukan hadith, cuma pengalaman.


Monday, November 26, 2007

A Journey To Remember; intro

A journey to remember.
1st launch; Aug 2007
2nd launch; 26 Nov 2007
Membicarakan kisah pahit manis kami di bumi asing. Kami hanyalah manusia biasa yang menggunakan wadah ini untuk meluahkan apa sahaja yang terbuku di hati semoga dapat dijadikan panduan untuk semua. Kehidupan merupakan suatu peredaran masa yang mesti dituruti walaupun kadang kala ianya perit untuk diterima.

Life is a challenge - Meet it!
Life is a song - Sing it!
Life is a dream - Realize it!
Life is a game - Play it!
Life is love - Enjoy it

Stay with us!!